Rabu, 7 Mac 2012

PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA....

Perempuan Memang Tak Guna....
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi
 yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu,
 eloklah dahulu bertenang dang baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang
kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai
oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililit kanpada kakinya.
Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian
orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia
 telah melanggar larangan  Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini
 mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadarkemeruwapannya tinggi.
Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia)
yg digunakan utk membuat pewangiitu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat
ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dgnmemakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh
berwangi-wangitetapi
 bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja
yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.Lelaki atau
 perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @jahat, adalah seperti
sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahubahawa perumpamaan perkataan yang
baik dan buruk dinyatakan dengan jelasdalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yangdisekitarnya
atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa
 sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan
 daging saudaranya sendiri. Apakahsanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya
sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.Sememangnya ia menjadi tatapan mata
lelaki yang jahat yang terkena panahansyaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti
melabuhkan tudungnya sehinggamenutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk
di bahagian dadanya.Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam
ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi
peringatanuntuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seoranglelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan
biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yangsakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika auratmaka Allah tidak akan menjadikan
 perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslahdalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk
menarik perhatian lelakisehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap
 dengangaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)dicatat
 dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"?.Maka janganlah kamu
tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orangyang ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk'di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap
yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
"Penyakit dlm hati"adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang
dgnnyaseperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita
melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannyamelainkan
 di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita
muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti
dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up
secarabersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
 Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi
seperti hantu.
 

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang
digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini,
akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapidari pandangan orang lain.
Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan
menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan
rapi di dlam sangkar,dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka
demikian jugadengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna
dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara
 yang terbaik.

TEMUDUGA TERTUTUP

TEMUDUGA TERTUTUP.

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil.Anda tidak perlu bawa pingat.Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:

  Mungkar dan Nakir.
 ENAM SOALAN BOCOR:
 
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda? 

SELEMBAR BULU MATA

LU
SELEMBAR BULU MATA


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan usianya di dunia untuk membuat maksiat , tetapi ia berkeras membantah. "Tidak, demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnyan, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Maka ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada siapa kecuali aku dan suaramu" "Inilah saksi-saksi itu," Ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Di susul oleh telinga, "Saya yang mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap."Tangan meneruskan, "Saya yg meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah, kalau kubiarkan seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi akan dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan," kata malaikat. "Terus terang saja menjelang ajalnya pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahi dengan airmata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji bahawa, apabila seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi airmatanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya selembar bulu matanya berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan airmata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung  kepada para penghuni syurga :
"Lihatlah , hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

LELAKI IDAMAN SAYA !!!!!


Lelaki idaman saya!!!

lelaki idaman saya adalah seorg, lelaki yg b'iman.
yg hatinya disalut rasa takwa kpd Allah,
yg jiwanya penuh p'hayatan t'hadap islam
yg sentiasa haus dgn ilmu
yg sentiasa dahaga akan pahala
yg solatnya adalah maruah dirinya
yg tidak pernah takut utk b'kata benar
yg tidak pernah gentar utk melwn nafsu
yg sentiasa b'sama kump.org2 yg b'juang dijln Allah

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'jaga tuturkatanya
yg tidak b'megah dgn harta dunia yg dicarinya
yg sentiasa b'buat kebajikan krn sifatnya yg penyayang
yg m'punyai ramai kwn& tidak m'punyai musuh yg b'sifat jembalang

lelaki idaman saya adalah lelaki yg m'hormati ibunya
yg sentiasa b'bakti kpd ke2 org tua&keluarga
yg bakal m'jaga kerukunan rumahtangga
yg akan m'didik isteri&anak2 m'dalami islam
yg m'amal'n hidup penuh kesederhanaan
krn dunia bgnya adalah rumah sementara menuju akhirat

lelaki idaman saya sentiasa b'sedia utk m'jadi imam
yg hidup dibwh naungan al-quran& m'contohi sifat rasulullah
yg blh diajak b'bincang & b'bicara
yg m'jaga matanya dr b'belanja
yg sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah keatasnya

lelaki idaman saya tidak pernah m'bazirkan masa
matanya kepenatan krn penat m'baca
suaranya lesu krn penat mengaji & b'zikir
tidurnya lena dgn cahaya keimanan
bgnnya subuh dgn penuh kecergasan
krn sehari lagi usianya b'tambah penuh kematangan

lelaki idaman saya sentiasa m'ingati mati
yg bgnya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja & dijaga
agar b'putik tunas yg bakal m'jadi baka yg baik
meneruskan p'juangan islam seblm hari kemudian
lelaki idaman saya adalah lelaki
yg tidak t'pesona dgn buaian dunia
krn dia m'impikan syurga
disitulah rumah idamanya
&dia ingin m'bawa saya b'sama
dialah lelaki idaman saya
Warkah Seorang Sahabat



Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman sekelas sahaja. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak di kenali duduk di sisi anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.

Selepas itu dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa yang di tulisnya :

"Assalamualaikum sahabatku, Jika di ikutkan hati..aku tak sanggup beritahu semua ni..tapi aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua ni..tahukah kau??? Aku tengah sakit ni…bukan sakit hati tau..tapi doktor cakap aku ada penyakit ganjil..entah apalah penyakit aku ni…

aku tak fahamlah apa yang dia cakap…tapi apa yang aku tahu penyakit aku ni masih tak ketemui penawarnya…ishhh!!! Aku takut lah…aku harap kau jangan risau ya..Tapi aku tak tahulah…bila kau akan baca apa yang aku tulis ni..mungkin semasa kau baca aku dah takde kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu…kau tak nampak aku

kot…semasa waktu pulang dari sekolah…sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau….semasa tu aku dah nak turun tangga tingkat empat…tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ke tingkat empat..aku melihat kau masih di koridor tu…

tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula ke tingkat empat semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..

hmmm…tapi aku tak kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka lah…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan…

Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..

setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..

aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk menerimaku…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan sekali lagi perasaanku ini…aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu..ibuku sedang memanggilku…aku terpaksa pergi ke hospital sekarang juga…aku pergi dulu sabahatku tersayang…sekian sahaja, wassalam…
Daripada, Sabahatmu… "

Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Merasakan bahawa semua itu hanyalah fenomena biasa,yang hidup akan pergi jua. Atau pun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang mampu anda lakukan kini adalah mensedekahkan bacaan kalamullah kepadanya. Oleh itu, hargailah sahabat yang hadir dalam hidup anda.