Sabtu, 2 Jun 2012

aurat


Apa itu aurat?
Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.  

Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :
Maksud ayat al-Quran,
Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.(Al-A`raaf 7:31) 

Rasulullah S.A.W  bersabda:
“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.” 
  (Hadith Riwayat Aththahawi) 

“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah) 

Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak.

Double Click Untuk Lebih Jelas

Batasan-batasan aurat :
A.Aurat di khalayak awam
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak. 

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

B.Aurat dengan ahli keluarga  (mahram sahaja)
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut 

C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut


*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan. 

D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut 

Etika menutup aurat
1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya.

2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3.Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga. 

 
4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.

Hukum melihat aurat
Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini
Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.
Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya. Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut. 

Sejauhmana keharusan lelaki melihat kepada wanita?

Harus lelaki memandang wanita tetapi dengan tiga syarat;

1. Melihat kepada tempat bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada aurat dilarang sama sekali sekalipun tanpa syahwat.

2. Melihat tanpa disertai syahwat. Jika dengan syahwat, haram melihatnya sekalipun pada tempat yang bukan aurat.

3.Tidak dikhuatiri mendatangkan fitnah.

Larangan melihat kepada aurat berdalilkan sabda Nabi s.a.w.;
لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ

“Janganlah lelaki melihat kepada aurat lelaki lain, janganlah wanita melihat aurat wanita lain. Jangan lelaki sesama lelaki berada di dalam satu pakaian dan janganlah wanita bersama wanita berada dalam satu pakaian” (HR Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri r.a.)

Apa hukum bersentuhan antara lelaki dan perempuan?

1. Jika hubungan mereka adalah suami-isteri, harus mereka saling bersentuhan tanpa ada had dan batasan, yakni harus bagi suami atau isteri menyentuh mana-mana bahagian dari badan pasangan masing-masing tanpa sebarang pengecualian.

2. Jika hubungan mereka adalah sesama mahram; harus mereka bersentuhan –sama ada bersalaman, memegang atau sebagainya-, akan tetapi khusus bagi kawasan yang bukan aurat sahaja, iaitu kawasan yang harus dilihat oleh mahram. Adapun kawasan aurat, tidak harus menyentuhnya sekalipun sesama mahram. Kaedahnya; “Bahagian yang tidak harus dilihat, maka menyentuhnya juga tidak harus. Bahagian yang harus dilihat, maka menyentuhnya juga harus (dengan syarat tanpa syahwat dan tidak mendatangkan fitnah)”.

3. Jika mereka adalah ajnabi (tiada hubungan sebagai suami-isteri atau hubungan mahram); tidak harus sama sekali bersentuhan termasuk bersalaman.

Apa dalil larangan bersentuhan antara lelaki dan wanita yang ajnabi?

1. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;
وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ وَمَا بَايَعَهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ

“Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai’ah. Baginda tidak membai’ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sekiranya antara lelaki dan wanita ajnabi boleh bersentuhan, sudah tentu Nabi s.a.w. akan membai’ah kaum wanita dengan berjabat tangan dengan mereka kerana itu yang biasa dilakukan oleh Nabi tatkala berbai’ah dengan kaum lelaki.

2. Dari Ma’qal bin Yasar r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda;
لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Benarkah ada ulamak yang mengharuskan lelaki bersalaman dengan wanita yang telah tua yang tiada lagi syahwat?

Ya, iaitu ulamak-ulamak mazhab Hanafi. Mereka berpandangan; harus seorang lelaki bersalaman dengan seorang wanita tua yang tidak lagi ada syahwat/keinginan kepadanya. Begitu juga, harus seorang wanita bersalaman dengan lelaki tua dengan syarat aman dari fitnah (yakni aman dari dorongan nafsu sama ada dari dirinya atau dari diri lelaki tua itu). Jika tidak aman dari fitnah, tidak harus bersalaman.

Namun menurut jumhur ulamakharam bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi sama ada muda atau tua, sama ada masih ada syahwat atau tiada syahwat kerana dalil-dalil tadi menyebutkan pengharaman secara umum tanpa adanya pengecualian.(Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, hlm. 108.)

Diharapkan kita semua dapat memperbaiki diri,untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.Tutuplah aurat sesempurna mungkin.Kita hak Allah,Allah yang berhak ke atas kita,bila Allah suruh kita tutup aurat..Kita terus patuh,tidak perlu berfikir 2 3 kali...

Jika memang tak nak tutup aurat, engkar padaNya,jangan sesekali tinggal di bumiNya...Malulah dengan Allah..

Sama-sama beringat..dan sama-sama memperbaiki diri,insyaAllah.

Jumaat, 1 Jun 2012

dunia menipuku !!!







         arggggghhhhhhhhhhhhh tensionnya dekat 5 kali dah aku beli earset MP4 aku....huhuh asyik rosak ja... aku x larat nak beli dahh,,,,tokey cina kedai tu pon dah kenai aku...kenapalah hang asyik rosak je ni....tahan la ngan aku ,,paling kurang pon setahun ka ...ni,, 2 mggu pon tak sampai....ak rindu nasyid aku....surah2 aku...huwaaaaaa tak palah...mgkin ini ujian buatku...DUNIA......MENIPU LAGI..

Rabu, 16 Mei 2012

alhamdulilah ujian buatku!!!

ya allah!! adakah aku mampu menghadapi ujianmu ini....moga hatiku dapat menerima ketentuanmu ...
ya allah..adakah aku memang di takdirkan untuk ambekk STAM ?????
YA ALLAH!! mampukah aku?? mungkin takdirku di MAKTAB PERGURUAN itu tak tertulis di luth mahfuzMU ... ayah,ibu maafkan kak long tak dapat tunaikan harapanmu...
moga dengan STAM yg drasa pyah ini akan menjadi mudah suatu hari nanti......
YA ....suatu hari...moga ini semua ada hikmahnya...;aminnn

Jumaat, 6 April 2012


Muhasabah diri sendiri. 

Sudah hampir lebih 18 tahun aku menjadi seorang anak kepada ayah dan ibu. 
Berapa kali agaknya ayah dan ibu menangis kerana aku?
Berapa kali agaknya ayah dan ibu tak tidur malam kerana memikirkan aku?
Berapa banyak air mata ayah ibu setiap kali melihat aku susah, aku sakit, aku diuji?
Berapa panjang tahajud serta doaku untuk mendoakan ibu ayah?



Belum cukup solehah rupanya. ^__^

Maafkan anakanda atas segala kata-kata yang melukakan. 
Maafkan anakanda atas nasihat-nasihat yang diingkari.
Maafkan anakanda atas sikap-sikap yang menjengkelkan.
Maafkan anakanda atas perbuatan yang menyedihkan.

Belum cukup solehah rupanya ^__^

Setiap kali anakanda sakit,
ibu ayah rela berhabis harta.
Apa saja asalkan anakanda sihat.
Segala keperluan ibu ayah sediakan cukup lengkap.
Complete dengan doa dan nasihat.

Tapi..

Anakanda kurang peka. 
Kurang tahu.
Kurang faham.
Sayangnya ibu ayah pada anakanda.



Belum cukup solehah rupanya ^__^

Keperluan anakanda didahulukan,
keperluan ibu ayah dikemudiankan.

Anakanda terlupa segala pengorbanan.
Dua tahun pun lama, 
apatah lagi dua puluh tahun pengorbanan.





Belum cukup solehah rupanya. ^__^

Setiap hari anakanda menelefon ayah ibu di rumah.
Bertanya khabar dan berkongsi cerita.
Semua cerita duka disini anakanda kongsi,
sehingga anakanda terlupa mendengar cerita ayah ibu,
cerita duka dan sedih ayah ibu.




Belum cukup solehah rupanya ^__^

Setiap kali anakanda diuji Tuhan.
Ayah Ibu cuba selesaikan urusan.
Mesej dan telefon memberikan semangat.
Belum dikira doa dan solat hajat.
Tapi bila ayah ibu ditimpa kesusahan,
anakanda sendiri tidak tahu,
apatah lagi untuk solat hajat?

Belum cukup solehah rupanya ^___^


Bila dapat kegembiraan,
anakanda menelefon gembira.
"Bu, kakak dapat A untuk subjek ni!"
Ayah Ibu menangis terharu.
Tapi anakanda tak pernah bertanya,
"Bagaimana ibu disana? Semuanya OK?"
Anakanda banyak cerita tentang diri sendiri,
Kurang bertanya berita ayah ibu di sana.


Belum cukup solehah rupanya ^__^


Ayah Ibu,
anakanda selalu minta bukan-bukan.
Nak BAJU baru.
Nak GALAXY
Nak itu dan ini.

Ayah Ibu mendengar dengan janji.
"Kalau kakak baik-baik, ibu bagi"
Tapi setiap kali ibu ayah mahukan sesuatu dari anakanda,
anakanda 'rebel'
anakanda memberontak.
Anakanda rasa ibu ayah mengongkong

.
Belum cukup solehah rupanya ^__^


Anakanda minta maaf, 
andai jasad ini nyawanya cuma sehingga detik ini,
mungkin anakanda tak mampu menjadi anak terbaek buat ibu ayah.
dan andai kata ayah ibu pergi meninggalkan anakanda detik ini,
mungkin anakanda anak yang paling malang,
belum cukup berbakti pada kalian.
Sedangkan bakti kalian untuk anakanda sudah tidak terbilang.

Anakanda mohon restu ayah ibu.
Halalkan semua hak yang anakanda belum tunaikan.
Anakanda belum cukup solehah untuk ayah ibu.
Kalau Allah izinkan, 
anakanda mahu menjadi yang terbaek.
terbaek antara semua anak ayah ibu yang terbaek.
Anakanda mahu menjadi seperti Uwais Al Qarni.

Kehidupannya di dunia dan akhirat sungguh berkat,
harga buat sebuah taat,
pada seorang ibu yang tua dan tidak kuat.
^__^

mohon doa ibu ayah untuk akanda disini.
Anakanda mahu menjadi permata solehah buat ibu ayah.
Doakan anakanda yang dhaif. 
^__^


Belum cukup solehah rupanya ^__^

Banyak kali ayah ibu menangis mendoakan anakanda,
tapi entah berapa kali anakanda menangis mendoakan ibu ayah?
Maafkan anakanda,
terlalu sibuk mendoakan diri sendiri,
sedangkan terlupa mendoakan ayah ibu.
Sedangkan ayah ibu sibuk mendoakan anakanda-anakanda,
sehingga terlupa mendoakan diri sendiri.

Mulianya seorang ibu.

Allah,
lindungilah ayah ibu.
kasihilah ayah ibu.
berkatilah ayah ibu.
bahagiakanlah ayah ibu.
dunia dan akhirat.


Teringat kisah Uwais Al Qarni. Ketaatannya kepada seorang ibu yang tua malah sakit, sehingga dijadikan manusia mulia dunia dan akhirat.

Tertanya pada diri sendiri, sejauhmana hubungan dengan ibu ayah?
Kalau Uwais dijanjikan syurga kerana taat, apakah aku dijanjikan neraka kerana derhaka?
Wa iyyazubillah. ^__^

Teringat pesan seorang Ustaz, "Kalau hidup kita susah, rezeki kita payah, hati kita gelisah, tentu ada benda yang salah dengan ibu ayah. Allah bayar cash kat dunia lagi dah susah, kat akhirat nanti tentu lebih parah."

Terguris hati seorang ibu kerana kata-kata mahupun riak muka, menanggung dosa dan sengsara dunia akhirat.

Sahabat-sahabat, sekalipun ibu memaafkan kita, Allah belum tentu meredhai kita. Elakkan membuat ibu ayah terluka dan sedih kerana kita. ^__^

Mari jadi anak soleh. Tak guna mengejar tittle Isteri/Suami SOLEH, tapi awal-awal dah failed.

Ingat, kita juga bakal punya anak suatu hari nanti. Bagaimana kita lakukan pada ayah ibu kita, begitulah anak kita akan buat pada kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal. ^__^

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. 
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. 
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. 
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. 
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. 







Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. 
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. 
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. 
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. 


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. 
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. 
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. 







Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. 
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. 
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. 


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. 
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. 
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
 

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.. 
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya.. 
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.. 


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia.. 
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.. 
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..




heart
kerana cinta itu suci ^__^




Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. 
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. 
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.. 

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri... 

Tolong sampaikan kepada si dia, aku juga tidak sabar menunggu saat kita diijabkabulkan dengan sah.
Kerana saat itu nanti, antara kita semua jadi ibadah.
Kerana saat itu nanti, mengingati dia juga pahala.
Kerana saat itu nanti, aku mahu sentiasa ada disisi.
Kerana saat itu nanti, aku mahu menjadi untuknya bidadari.
Ya, aku juga menunggu saat itu untuk berbakti kepadamu.
Selaras dengan kata Tuhan, 
mewajibkanku mentaati suamiku.
^__^


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...



Memetik kata-kata Ustaz Ridhuan Mohd Noor ^__^

Asma' Binti Abu Bakar berkahwin dengan seorang pemuda Islam yang bernama Zubair Al-awwam.Hasil perkongsian hidup kedua-dua pasangan ini, maka lahirlah seorang tokoh Islam yang hebat bernama Abdullah Bin Zubair.

"Untuk mendapatkan anak-anak atau generasi yang hebat, Maka berkahwinlah dengan pasangan yang hebat.Inilah hukum adat"


Wallahu a'lam